Wednesday, November 14, 2012

Dusta Nikmat

Bismillahhirrahmanirrahim

Sebelum Maghrib tadi sempat jugak menjenguk FB & ternampak status Sham Kamikaze.


Sepotong ayat suci Al-Quran dari Surah Ar-Rahman.

" Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? "

Pasti ramai yang sudah tahu ayat ini di ulang sebanyak 31 kali. Ar-Rahman bermaksud PEMURAH. Bila bicara tentang Pemurah-Nya Allah, pasti tidak lari tentang nikmat-nikmat Allah yang tak pernah dapat dihitung oleh manusia biasa mahupun luar biasa. 

Dalam Surah Ar-Rahman, Al-Quran adalah nikmat pertama yang Allah sebut. Bila pertama mesti paling besar, utama & penting. Mari kita perhatikan diri kita:

Di mana Al-Quran?

Adakah di tempat yang tinggi, supaya tidak terlangkah.
Adakah di dalam almari, supaya tidak berhabuk.
Adakah di rak buku, supaya menjadi perhiasan.
Adakah di dalam masjid/surau yang menunggu untuk disentuh.
Adakah masih di kedai buku yang menanti untuk dibeli.

SEPATUTNYA,

" Sebenarnya, Al Qur'an itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim. "
 Al-Ankabut, Ayat 49

Janganlah kita menjadi hamba Allah yang mengharapkan syurga abadi tetapi tidak pernah, jarang atau sekali-sekala membaca surat cinta Allah yang dikirimkan 1400 tahun yang lalu. Janganlah kita meremehkan atau mendustakan ayat-ayat Allah yang menjadi imam & pedoman kepada Rasullullah SAW untuk menggapai limpahan kasih & kurnia Sang Khalik yang Maha Esa.

"Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu."
Al-Isra' Ayat14

Ya Rabb,

Tunjukkan dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan
ke jalan yang lurus dengan berkat Al-Quran.

Kasihanilah kami dengan berkat Al-Quran dan
jadikanlah ia sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami.

Ingatkanlah kami apa yang telah kami lupa drpd Al-Quran dan
ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi Al-Quran dan
kurniakanlah keupayaan untuk membacanya sepanjang siang dan malam.

Jadikanlah Al-Quran itu sebagai teman & hujjah untuk kami,
Wahai Rabb Pemelihara sekelian alam.

Amin

Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari kejahilan diri ini.

Alhamdulillah



Remember me this way, Zuryn

Thursday, July 19, 2012

Cabaran Muslimah 30 hari

Ermm tinggal sehari shj lagi kita bakal melangkah ke zon yg sering dinanti2kan oleh umat Islam seantero dunia. Ramadan sentiasa menjadi titik permulaan bagi sesiapa yang ingin mendekatkan diri & mengharapkan rahmat dari Sang Khalik. Semoga kita semua diberi kesempatan untuk meraikan bulan yang penuh barakah.

Bila Ramadan akan menjelma, semua org sibuk dgn persediaan atau persiapan masing2. Tapi bersedia dari segi apa? Fizikal? Mental? Rohani? Ada yg bertungkus lumus ganti puasa tahun lepas, ada yang sibuk mencari telekung & songkok baru & ramai jugak yg akan membeli-belah utk brg2 dapur atau makan byk2 sebab nanti dah tak boleh makan di siang hari. Apa2 aja lah.

Sebenarnya saya tak pernah faham apa maksud persediaan Ramadhan. Tapi tahun saya cuba memahaminya & tiba2 saya terfikir yang ini....


Cabaran muslimah 30 hari. Bukanlah perkara yg susah pun kan? Especially bagi Muslimah yg memang dah biasa dgn perkara2 ni. Tapi bg sy ia memang cabaran utk sy sentiasa consistent & ziadah. InsyaAllah sy akan cuba.

Eh 30 hari je. Takkanlah Islam 30 hari je.. Ok, menurut kajian sesuatu perkara yg kita lakukan selama 21 hari berturut-turut..InsyaAllah ia akan bertukar menjadi habit. Semoga perkara yg susah akan jadi mudah & usaha yg kecil akan jadi besar.

Dikesempatan Ramadan ini, sama-samalah kita kuatkan akidah, tingkatkan iman & banyakkan ibadah dan ilmu. Permulaan yg baik di Ramadhan, diharap berkekalan di bulan2 berikutnya.

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"
Al-Baqarah, 183



Love, Zuryn
Remember me this way.

Thursday, March 15, 2012

Tip; Sabar

 Salam

Dari zaman nenek moyang kita, sentiasa diingatkan "sabar tu sebahagian drpd iman"... Memang betul lah iman kita akan selalu di uji dgn kesabaran... hanya org2 yg sabar shj sanggup m'hadapi ujian dan cabaran... Sabar satu perkataan yg mudah utk diucap tetapi adalah satu perkara yg agak sukar utk dilakukan... Erm nak tahu tips bagaimana nak mencapai sifat sabar??

Surah 3, Ayat 146...

Bismillahhirrahmanirrahim

'Dan berapa banyak nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah karena bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.'

3 aspek yg penting dalam menanamkan sifat sabar ke atas diri setiap insan...

a) tidak lemah
b) tidak lesu
c) tidak menyerah kalah

Sebagai hamba Allah yg ingin mendekatkan diri kepada-Nya, ujian yg dicipta Allah adalah jalan yg terbaik untk menguji tahap keimanan.. Kita harus tabah & sabar dalam mengharungi segala ujian, cabaran & rintangan dalam hidup... walaupun pahit tetap harus ditelan.... kerana yg pahit itu, pastinya ada kemanisan di penghujung jalan...


Thank you for reading.

Remember me this way, Zuryn

Saturday, February 4, 2012

Jar of wishes..

Salam..

2012 sudah masuk bulan kedua. Perbezaan diri dalaman & luaran masih tiada tetapi syukur awal tahun ini sudah menerima beberapa tawaran yg boleh dianggap baik utk masa hadapan walaupun terpaksa tolak salah 1 drpdnya.

Membuat keputusan adalah perkara yg memenatkan & lagi penat bila ianya terbawa2 sampai ke mimpi.. huh.. Kali ini sy ikut kata hati. 'Your instinct will always be the best to you'. Maaf kpd si pemberi2 pandangan, pandangan anda bukan tak dipandang tapi terpaksa dijadikan kenangan.. hehe.. Bila ikutkan kata hati ni, sy tak perlu membabitkan org lain kalau keputusan itu SALAH. Sendiri tanggung ok.

Bulan pertama di 2012 dihiasi dgn aktiviti2 & perkara2 yang gembira. Yang paling gembira ENGIRLISH PARTY bersama member2 office. Tema sudah tentu English style, girls only & makan2 sambil mengambil gambar dgn ekspresi separa gedix. Harus. Eh.. WAJIB.

Sbnrnya kami saje je buat party ni sempena menyambut tahun baru. Kami cerita kisah pahit manis 2011, kongsi azam 2012, tukar hadiah & makan bersama. Tapi sebenarnya tujuan yg lebih utama, mestilah berfoto-fotoan. Ermm layan kan je la foto-fotonya ye...


Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur














Jar of wishes 2012, rata2 kami mengharapkan sinar mentari lebih bercahaya & pelangi hidup lebih indah dr tahun 2011. Semoga urusan & impian 2012 dipermudahkan...Amin.

“Keep your dreams alive. Understand to achieve anything requires faith and belief in yourself, vision, hard work, determination, and dedication. Remember all things are possible for those who believe.”

Thanks for reading.

Remember me this way, Zuryn

Friday, January 6, 2012

Fly to Queensland.. what a dreams come true..

One of my wishlist for 2011, finally comes true. Traveling to Brisbane & gold coast wll be the best places i've been visited so far. Love the beautiful scenery, friendly people, shopping paradise, wonderful theme park & the unique animals.

On 13 November 2011 at 9.40pm.. me, Anis & Ros flew to Gold Coast by Air Asia & it takes 8 hrs on board to reach Coolanggata Airport. We arrived at 7.40am Aussie's time which is 2 hrs early frm M'sia.

Alhamdulillah our journey at Brisbane was accompanied by Anis's lecturer Kak Amalina, James the Brunei student & Sally nursing student from the great Malaysia.

Brisbane's city heartland is a unique district with the river as its central focus, combining shopping, recreation & nightlife in a way that reflects the city's reputation for a relaxed subtropical lifestyle.

2 days at Brisbane give us such a loveable memories & will locked forever on our mind.
Let's the pic tell u how Brisbane make us fall in love.

me, anis & ros.. huh.. 8hrs.. but i really cant sleep well

one of our ride
oh ok.. now i know..




this really unique mammal & look scary but cute sometime
tazmania devil

feeding bird

the bus stop

street beach..
nando's is halal here
Nepalesse temple
Eyes of Brisbane

The casino
 

pie face
hungry jacks aka burger king
Factory Outlet

Insyirah cheering us with her jokes & quiz

before we left brisbane
lovely peoples, thank u so much for being our tourist guide

There a lot's of gorgeous pic to be upload but it will takes a few pages. So i decide to say NO.

Brisbane's peoples, facilities & lifestyles were remarkable. They are greeting each other, continue smiling, thanking the bus driver with a loud voice, the bus driver taking a break by reading a book, exercise at night, bbq-ing with friends & family and a lots more.

I definitely will return to this place one day. Again & again...

Oh ya, we were spending another 2 days at gold coast & Insyaallah, will be post on the next entry.

Thank you for reading.

Remember me this way, Zuryn

P/s: I do understand there's lot of grammar mistakes here since i'm pulling myself up by my bootstraps.


Wednesday, November 9, 2011

Awak tu bila lagi??

Alhamdulillah, usai sudah majlis yang sudah dirancang berbulan2. Tetamu yang datang pun tak putus2 walaupun hujan rahmat melimpahi bumi ini. Terima kasih byk2 kepada saudara mara, jiran tetangga & kawan2 yang sudi hadir & memeriahkan majlis. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang datang utk membantu kami sekeluarga. Subhanallah, mereka memang terbaek..















Ini adalah majlis perkahwinan adik perempuan saya yang bezanya 4 tahun muda dari saya. Huh.. Masa first time dia bagitau dia nak kahwin, uuu memangla SENTAP. Siapa yang tak sentap, adik nak langkah bendul. Bak kata mak 'Errm tak tau la, langkah bendul ke atau langkah bonggol'.. ok kite terima dengan senyuman tapi dalam hati tuhan saja yang tau.

Masa adik nak tunang, memang tak de hati nak tolong sangat. Tolong sikit2 je.. Huh jeles ke??? Mgkn bukan jeles tapi cuma terasa hati je..huhu.. Tambahan pulak bila ramai yang tanya 'Awak tu bila lagi??' Sape yang pernah rasa macam kite ni je boleh faham.. walaupun ramai jugak yang tak kisah.  Tapi kite kisah, macam nak lari p overseas je.. tak nak balik malaysia utk jawab soalan tu.. Boleh??

Lama kelamaan, bila tiba hari yang mereka nanti2kan saat tu, sy dah rasa ok. Tak terasa hati lagi, sy berjaya m'positifkan minda. Sungguh2 gak la nak tolong utk majlis ni tapi kite lari gak p keje. haha.
Pada hari kejadian, kite dah bersedia nak jawab kalau2 ada yang berani nak tanya soalan 'Awak tu bila lagi??'

Jawapan yang kite sediakan:
1) Insyaallah
2) Tunggu putera raja tak sampai2
3) Coming soon

Tapi jawapan2 atas tu agak bahaya sbb akan mengundang soalan2 yang seterusnya. So kite guna jawapan yang kite tiru dari kawan baik kite Yong.. Dia lebih dulu mengalaminya..

'Awak tu bila lagi??' 

Jawapan senang je:

'Ermm minggu depan, jemputla datang'

Ok bila kite jawab macam ni, semua senyap.. tak nak tanya banyak2 lagi.. Kite senyum sampai ke telinga.

Jodoh, ajal maut kan Allah yang tentukan. Mungkin sy, Allah nak bagi lambat. Sy selalu percaya 'Allah will always give the best to me as long as I obey Him & being a good servant to Him'
Sy terima semua takdir dari-Nya.

Ok la juz nak share tips ni je.. Amat bermanfaat kepada sesiapa yang bakal kena langkah. Hihi..

Ok bye.. Thanks for reading.

Remember me this way, Zuryn.