Friday, October 21, 2011

Beware! Womans' words,,,

Once I read ths article, I loved to share here. It's fun & true. It was taken at Saisake Restaurant during my lunch last month. Let's enjoy ths article.

NINE WORDS WOMAN USE

1) FINE: This is the word woman use to end an argument when they are right & u need to shut up.

2) FIVE MINUTES: If she is getting dressed, ths means a half an hour. Five minutes is only five minutes if u only have just been given five more minutes to watch the game before helping around the house.

3) NOTHING: This is the calm before the storm. Ths means something, & u should be on your toes. Arguments that begin with nothing usually end in fine.

4) GO AHEAD: This is dare, not permission.. Don't Do It!

5) LOUD SIGH: This is actually a word, but is a non-verbal statement often misunderstood by men. A loud sigh means she thinks u are an idiot and wonders why she is wasting her time standing here & arguing with u about nothing.

6) THAT'S OKAY: This is one of the most the most dangerous statements a woman can make to man. That's okay means she wants to think long & hard before deciding how & when u will pay for your mistake..

7) THANKS: A woman is thanking u, do not question, or faint. Just say you're welcome. But if she says 'THANKS A LOT' - that is PURE sarcasm and she in not thanking u at all. DO NOT say 'You're welcome', that will bring on 'WHATEVER'..

8) WHATEVER: Is a woman's way of saying piss off!

9) DON'T WORRY ABOUT IT, I'LL DO IT: Another dangerous statement, meaning this is something that a woman has told a man to do several times but is now doing herself. This will later result in man asking 'What's wrong?' & definitely she will reply 'NOTHING'


So, for guys who read this, get ready with flowery words when your wife, gf, mom,sisters or friends use these words. **Pandai2 la amek hati balik k**

Some pictures taken at this restaurant & activities after lunch. Saisake Healthy Japanese Buffet Restaurant located at 4 branches. There's variety of foods. From hot to cold, raw to cooked, lite to heavy. My favorite all the time - soft shell crab.. yummy..


grilled
sushi mushi

desserts
baked oyster with cheese
eh, cik puan nadia bayu
thai tomyam


ice cream time

And always a WOMAN did... shopping, then we met super duper cute statue of liberty.




Ok bye.. Thanks for reading..

Remember me this way, Zuryn


Friday, July 22, 2011

Avillion, Port Dickson


Ermm dah lama nak kongsi tapi tak berkesempatan.

Mungkin ada yang belum pernah dengar nama Avillion, tapi kalau Pavillion mesti ramai yang tahu. Jun lepas saya tak melepaskan peluang utk turut serta dalam Teambuilding organized by company. Mula2 semua heboh bila diberitahu teambuilding ni akan diadakan di Avillion, PD. Ramai la yang kata yang best, cantik & macam2 lagi la. Tapi selagi tak jejakkan kaki sendiri memang takkan feel la. Bila dah pergi, memang la cantik bagai dikata. Tak rugi siapa yang pergi.




Water chalet
Basuh kaki ala tradisional


Bunga hasil kutipan beach wedding



Room Rates: Around RM480 - RM650

Air makin surut


Burung yang tahu jaga dignity

  
Spa outdoor deck
Spa sgt cantik tapi tak sempat nak ambik gambar


Siapa yang belum honeymoon atau siapa yang nak release tension setelah seminggu bekerja, boleh la bercuti kat sini. Lagipun tak jauh dari KL. Rehatkan badan, minda & jiwa.

Seronoknya bercuti..

Sunday, June 12, 2011

Angan-angan

Terima kasih pada Allah sang Pencipta kerana masih dipinjamkan nyawa untuk meneruskan kehidupan.

Alhamdulillah angan-angan yang kecil sudah jadi kenyataan. Businesswoman adalah cita-cita yang tak pernah hilang dalam hati & minda ni. Suka sangat berangan ada butik la, kedai makan la, souvenir shop la, nursery & macam2 lagi la. Angan2 ni tak salah kan? Sebenarnya inilah PEMBAKAR SEMANGAT untuk lebih berjaya. Tak semua angan-angan tu akan jadi kenyataan tapi tak mustahil juga semua angan-angan boleh jadi kenyataan.

Saya memang minat bidang fashion dari kecik tapi malangnya tidak dikurniakan art skill walaupun mak saya seorang tailor. Ada jugak cuba2 design baju tapi lukisan macam budak darjah satu, cuba jgk menjahit tapi tinggal separuh jalan je.. Ini semua sebenarnya tak menghalang saya menceburi bidang fashion kerana saya percaya fashion itu bukan sekadar design & menjahit tetapi IDEA. 

Berbekalkan angan-angan saya tu, saya mendapat IDEA utk menjual tudung secara online apatah lagi IDEA ini sama dgn rakan kongsi, Nadia Bayu. Maka wujudlah KHAYLAA HIJAB, hasil angan2 kecil dari 2 wanita yang mempunyai impian yang besar dengan visi Muslimah akan lebih anggun & jelita bila bertudung.

So, marilah shopping kat sini



Doa saya:

           Semoga Allah murahkan rezeki kami
           Semoga Allah merahmati kami
           Semoga perjalanan kami berjalan lancar
           Semoga kami tabah menghadapi apa-apa ujian yang mendatang
           Semoga saya tidak alpa & lupa akan perintah-Nya
          
Amin

Friday, May 27, 2011

Smiley Notes

Place : Credit Control Dept, UOB
Date  : 27 May 2011
Time : 03:35 pm


I'm so fed up & pissed off with management. I'm about to cry, suddenly I received a notes:

           " U sedih pun kena buat, happy pun kena buat.. y dun choose happy "

Oh.. he make me smiles & it's really a positive thoughts.



Don't be sad, La tahzan..

Sad won't make you happy : )

Sunday, May 22, 2011

CANTIK

Memiliki rupa paras & wajah yg cantik jelita adalah anugerah Rabb yang tak terhingga dan ianya hanya kepada insan-insan terpilih sahaja. Bagi sesiapa yg memilikinya harus bersyukur, menghargai, berterima kasih & kurangkan keluhan.

Sebagai seorang perempuan, saya amat mengagumi wanita-wanita cantik di seluruh dunia. Ermm.. tipulah kalau saya tak pernah rasa cemburu. Tiada siapa yang akan menyangkal setiap wanita ingin menjadi cantik. Ada yang berhabis duit, nyawa semata-mata untuk cantik. Hakikatnya setiap anugerah Allah itu amat cantik, unik dan istimewa, cuma pandangan kita shj yang berbeza. Cantik itu kan subjektif. Allah kurniakan kita semua sepasang mata yang mempunyai citarasa yang berbeza. Hebat bukan?

Macamana cantik dr perspektif mata saya. Cantik itu seperti kawan-kawan saya ni:

 My bestie ever, Appy
 The Hot Mama, Yuhana
 Miss u a lot, Wawa
 So sweet, Naziera
 The famous amos, Nadia Bayu
 Khaziray, muka berseri masa tgh mengandung
 Shidah yang comel
The gorgeous, Lily Hezlin

Gambar: hasil pencarian di facebook & fail sendiri. Gambar juga disusun tidak mengikut rating kerana rating mereka semua sama.

Cantikkan? Sangat cantik.. Hmm.. mereka semua sudah dimiliki. Maklumlah epal yang cantik dan ranum pasti menjadi pilihan pemetiknya. Alhamdulillah, mereka semua ni mempunyai peribadi yang cantik juga. Cantik dr segi dalaman & luaran. Kecantikan luaran akan terasa hambar jika tidak diseimbangi oleh kecantikan dalaman. Pakej yang amat sempurna.  

Rasa syukur ke hadrat Illahi perlu dipanjatkan walaupun tidak dianugerahkan rupa yang jelita & menawan kerana semua orang sebenarnya cantik. Macam lagu Beautiful Like You by Lee DeWyze, 

If you could only just stop stop stop running
If you could only take a second to breathe it in
Everything that you know would be beautiful
Like you You know they're never gonna stop stop stop your love
Let's pretend that the world is waking up
Everything that we see is beautiful
Like you
Like you


Apa yang membuatkan wanita yang kurang cantik itu nampak cantik.. sudah tentulah kecantikan dalaman. Kecantikan yang boleh dibentuk tanpa kos yang tinggi. Jadikan sifat-sifat baik & murni aset utama untuk membentuk peribadi yang mulia. Mulia itu kan cantik. Elakkan dari orang mengata kita “ Dah la hodoh, perangai buruk pulak tu” Huh memang sakit hati. Jadi mulai hari ini, marilah sama-sama mencantikkan peribadi & sikap diri kita. Keindahan dalaman pasti akan memancarkan keindahan luaran. Jangan lupa SENYUM selalu..

P/s: Kalau ikutkan, banyak lagi nak letak byk lagi gambar kawan-kawan saya yang cantik tapi ini bukan fotopages. Harap maklum. Mana yang takde kat atas, tak mahu berkecil hati okey. SEMUA ORG CANTIK.

Wednesday, May 11, 2011

Berhenti menghentikan diri..


Dalam hidup ni bila kita boleh berhenti?.. Mesti banyak jawapan lah kan.. tapi yang penting kita akan berhenti selama-lamanya bila kita MATI. 


Selagi Allah masih meminjamkan nyawa ini,
         Jangan berhenti menyayangi
         Jangan berhenti berusaha
         Jangan berhenti berharap
         Jangan berhenti untuk teruskan perjuangan
         Jangan berhenti membangun diri..

Ya, kehidupan di dunia memberi pelbagai jenis kesusahan, kesukaran untuk mencabar perjalanan kita. Dan kita perlu mencari jalan yang terbaik untuk mengatasi setiap halangan, rintangan & cabaran.

Inilah pilihan yang perlu kita lakukan, memberi komitmen dan tanamkan matlamat pada setiap diri untuk menjadi manusia berguna dan bermakna.

Banyak benda, situasi, manusia yang akan mencabar kita & melambatkan progress kita. Bagaimanapun, satu-satunya batasan yang menghalang kita adalah batasan yang kita letakkan dalam diri kita sendiri. Cuba pandang atau lihat, keraguan & batasan tidak pernah berguna bagi kita. Pilih dengan jiwa & hati terbuka untuk melepaskan keraguan & batasan itu pergi jauh sejauhnya.

Impian sering memanggil2 kita untuk mengejarnya supaya setiap detik perjalanan hidup ini adalah impian yang kita kejar. Berhenti undur kebelakang & berhenti menghentikan diri. Biarkan diri kita menjadi seseorang dalam impian & harapan bersama kebolehan & kekuatan diri.

Tuesday, May 3, 2011

Setia Bersama

Cuba hayati  bait-bait puitis di bawah ini. Amat bermakna dalam hidup saya. Sebenarnya ini bukanlah puitis tetapi lirik lagu nyanyian KRU & Sheila Majid. Lagu ini saya tujukan kepada semua terutama sahabat2 Assafiers samada masih bersama atau tidak.  
 

Setia Bersama

Semua yang telah terjadi yang mengajar kita
Perlu diambil ikhtibarnya
Segala yang diimpikan atau diharapkan tak semua
Menjadi nyata

Namun setiap yang sukar ketemunya sinar
Begitulah kebesarannya
Teman yang setia bersama pada waktu duka itulah
Semulia manusia di dunia

Ku ketemu sifat itu didirimu dan
Aku rela berkorban untukmu
Kita berjanji
Walau apa yang kan terjadi
Meneruskan perjuangan ini

Bersama percaya keagungan yang esa
Bersama percayakan kita
Menuju kegemilangan rintangan menghalang
Percaya ku setia
Setia bersama

Seluas alam semesta persoalan kita
Kehidupan dan cabarannya
Setinggi ruang angkasa
Begitulah harapan kita
Abadi, aman dan bahagia

Dalam membuka lembaran baru
Ku perlu tahu kau sentiasa bersamaku
Walau bertubi rintangan kita kan gagahi
Demi mengecap nikmat duniawi (akhirat)

Kuatkan semangatmu
Usahakan sedaya dan berdoa
Esok tiba harinya seribu harapan
Moga dapat keberkatannya

Bersama percaya keagungan yang esa
Bersama percayakan kita
Menuju kegemilangan rintangan menghalang
Percaya ku setia
Percayalah aku setia bersama
Percaya setia, setia bersama
Ku setia bersama


Semoga kalian menjadi sahabatku dunia & akhirat..
Semoga Allah menjadikan kita satu untuk meneruskan perjuangan menuju jalan ke syurga..
Semoga kita tulus ikhlas, suci hati & setia bersama..
Amin...
 

Monday, May 2, 2011

Hormat

Semalan saya dan rakan2 menghadiri perkahwinan rakan sepejabat kami, Ms Letchumi. Inilah kali pertama menghadiri perkahwinan kaum india & kali pertama juga menjejakkan diri ke kuil hindu. Perasaan takut sebelum masuk ke kuil, kami dahulukan dgn membaca bismilah & ayat kursi. Al-maklumlah masuk tempat org, takut2 perkara yang tak diingini berlaku kepada kami..

Majlis 'ijab & kabul' berlangsung selama 1 jam lebih.. huh agak lama. Terlalu banyak adat & tradisi perlu dijalani. Ada jugak beberapa adat yang menarik perhatian. Kalau kita orang Islam.. cukuplah sekadar salam & ciuman di dahi. Tapi bagi mereka, pengantin perempuan perlu bersujud di bawah kaki suami. Mgkn mereka juga mengamalkan 'Syurga isteri di bawah telapak kaki suami'

Inilah sebahagian detik2 perkahwinan yang sempat dirakam:













Semasa majlis berlangsung, macam-macam perkara bermain di benak fikiran ni.. Perkara utama yang saya perasan ialah hormat. Perasaan takut membuatkan kami hormat & menjaga tingkah laku di kuil itu sehinggakan untuk bercakap pun terpaksa berjaga-jaga. Tidak terlalu kuat, tidak ketawa & tidak mengumpat.

Kenapa saya perlu takut sedangkan saya sedar hanya Allah yang wujud & hanya Allah yang Maha Berkuasa. Tiba-tiba terfikir, kita mampu menghormati kepercayaan agama lain tapi kita masih belum mampu menghormati 100% kepercayaan agama sendiri..Kita belum mampu menghormati hukum2 Allah yang nyata.

Adakah kerana Allah itu ghaib & kita tak hormat..
Adakah kerana apa yang mereka sembah itu nyata & kita hormat..



Orang-orang yang bertakwa ialah:

'(yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka,'
Surah Al-Baqarah, ayat 3


Walaupun Allah itu ghaib, wajiblah kita hormat kepada-Nya tidak kira di mana kita berada. Hormat beerti melaksanakan semua perintah2 & hukum2 yang Maha Esa.

'Demikianlah (perintah Allah). Dan barang siapa mengagungkan apa-apa yang terhormat di sisi Allah maka itu adalah lebih baik baginya di sisi Tuhannya. Dan telah dihalalkan bagi kamu semua binatang ternak, terkecuali yang diterangkan kepadamu keharamannya, maka jauhilah olehmu berhala-berhala yang najis itu dan jauhilah perkataan-perkataan dusta.'
Surah Al-Hajj, ayat 30

Friday, April 29, 2011

Jatuh..

Jatuh cinta.. oh tidak.. belum lagi..

Sentiasa berada di dalam zon selesa sering membuatkan manusia itu alpa & lalai. Sehinggakan tidak menyedari ujian Allah itu tidak pernah terhenti.

Bulan ini, memang ujian & tamparan yang hebat buat saya. Cuba bersikap positif tetapi jiwa & minda masih tidak mampu menerimanya. Zaman kejatuhan sudah bermula, adakah saya mampu untuk mengutip semangat-semangat yang pergi untuk memulakan hidup yang baru.

Jangan putus asa, inilah ayat yang sangat mudah untuk dilafazkan tapi hakikatnya bila ujian itu menimpa diri ini.. putus asa menjadi sikap pertama yang terbentuk. Rupa-rupanya putus asa itu tidak pernah akan padam dalam Kamus hidup seseorg. Samada kita memandangnya dengan harapan atau tidak, kita tentukan.

JATUH, membiarkan diri terus terjunam & terkulai layu. TIDAK. BANGKIT, kehidupan perlu diteruskan. Langkah pertama, cuba mengadaptasi dengan dunia baru. Terima pada masa yang sama memperbaiki satu persatu.

Bagi saya, ujian ini adalah satu penindasan dari pihak yang merasakan kuasa besar mereka tidak akan pernah mati. Jadi, saya tidak akan mendiamkan diri & yang pasti hak asasi itu perlu dituntut.

Doa kepada Rabb yang Maha Esa menjadi penguat pada diri ini. Allah pasti bersama insan2 yang ditindas selagi insan itu sentiasa mengingati-Nya & taat pada perintah-Nya.

Ingat, Setiap ujian yang datang pasti akan pergi & setiap ujian yang pergi pasti akan kembali...