Friday, November 21, 2008

NOTHING TO FEAR




NOTHING TO FEAR

THIS IS THE JOURNEYS
THE ROAD OF LIFE
THE WAY TO SURVIVE
THE LIFE TO DESCRIBE
THE WORLD THAT ALWAYS MOVES
DOESN’T KNOW WHEN TO STOP
EVEN TO TURN BACK
IT WILL ALWAYS SPIN
MOVING AROUND THE SUN
THE WORLD NEVER CHEATS
THE WORLD NEVER LIES
BUT NOT THE HUMAN BEINGS
WHO JUST CARES ABOUT THEIR LIVES
CONCERNED WITH THEIR OWN JOURNEYS
AND FORGETTING ABOUT HOW THEY STARTED TO LIVE
THERE IS NOTHING TO BE AFRAID OF
THOSE EITHER RICH OR POOR
CAUSE EVERYBODY HAS SOMETHING
AND EVERYBODY NEED SOMETHING
AND EVERYBODY WILL GET SOMETHING
THERE IS NOTHING TO FEAR
THERE IS NOTHING TO BE SCARED OF
AS LONG AS WE STILL BELIEVE
IN THE ALMIGHTY ALLAH S.W.T

MAY ALLAH BLESS US...

Tuesday, November 18, 2008

Soup of the Day - Part 5

Surah Al-Kahfi

Ayat 103 - Katakanlah: "Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?"

Ayat 104 - Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya.

Ayat 105 - Mereka itu orang-orang yang kafir terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan (kafir terhadap) perjumpaan dengan Dia. Maka hapuslah amalan-amalan mereka, dan Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat.

Ayat 106 - Demikianlah balasan mereka itu neraka Jahanam, disebabkan kekafiran mereka dan disebabkan mereka menjadikan ayat-ayat-Ku dan rasul-rasul-Ku sebagai olok-olok.

Ayat 107 - Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka adalah surga Firdaus menjadi tempat tinggal,

Ayat 108 - mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah daripadanya.

Tuesday, November 11, 2008

Siti Nurhaliza - Wanita


Siti Nurhaliza - Wanita

Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta tlah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

(Korus)
Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

(Korus II)
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

aaa… Ku wanita
aaa… Ku wanita….
Yang hanya perlu kau fahami

Oh apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

Wanita… woohoo..
Ku Wanita… ooo…
Wanita…
(more…)

Friday, October 31, 2008

SR RAYA A3



27 October 2008, 3pm, Mahkota.. SR Raya 2007 x la semeriah Raya 2008 ni, mana taknya kalau dulu berapa kerat je yg ada.. skrg ni bertambah2 la keratnya...Alhamdulillah.. Bila da kumpul cam ni, maka b'jalan la ayat 43:19..

This is the first Jamuan Raya event yg ada KESAN & PESAN...

Wednesday, October 15, 2008

sihat sebelum sakit

13 Oct 2008, 6.00pm... tgh2 tgu bus, tetibe je hujan turun ngan lebatnya.. huhu.. dah la x bawak payung.. sampai umah je, half of me basah kuyup.. sakit kepala dah dua hari x baik lagi.. so i expect dapat demam la plak nanti coz dah kena hujan lebat... bestnyer kalau dapat demam, leh amek MC.. hehe.. tapi Allah tahu yg Zuryn ada tanggungjawab besar... kesihatan tu penting.. maka demam yg diharapkan, x kesampaian... huhu..

Then, my ROH say

" what kind of people u are zuryn??... org lain nak sihat, dia nak sakit plak.."

Fikir2 balik betul gak.. lebih baik sihat dr sakit... kalau sakit kegembiraan yg kita dapat hanya MC je.. the rest kesengsaraan la yg kita dapat.. huhu...

Hehe... I should thanks to Allah, always giving me a good health.. :)

So, sementara Allah bagi kesihatan yg baik ni.. guna lah peluang ni utk melaksanakan apa shj perintah-Nya... Always 3:110...

Tuesday, October 14, 2008

PERMAINAN & PELAJARAN

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI.

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!",jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita
tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada anak muridnya.

"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya......

"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .."Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan.
Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya murid-murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."

"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang..."

RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..

TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM!

UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!!

JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.

Friday, September 26, 2008

EID MUBARAK...

Selamat Hari Raya Aidilfirti, Maaf Zahir & Batin




Bergema takbir di Aidilfitri,
Ucapan khas utkmu teman yg diingati,
Hubungan persahabtan terikat rapi,
Salah & silap harap dimaafi.....


Sejarah Aidilfiri 1400 tahun yg lalu disambut atas kemenangan Rasulullah & para sahabat menegakkan Din Islam.. tetapi hari ni kemenangan apakah yg kita sambut kerana Islam skrg tidak lagi berdiri seperti zaman Rasullullah & para sahabat Khulafa' Ar-Rasyidin.... Aidil fitri sendiri b'maksud kembali kpd fitrah, hakikatnya skrg... manusia khususnya yg mengaku sbg hamba-Nya sudah tidak lagi fitrah seperti sarana-Nya...

Firman Allah swt....

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui…" Surah Ar-Rumm, ayat 30....

Thursday, September 4, 2008

puasa datang lagi...

Sedar x sedar, dah masuk 4 hr umat Islam m'jalankan ibdah puasa. Senarionya, siang menahan lapar dahaga & perkara2 yg dilarang.. malam pulak umat Islam berkejar ke masjid m'jalankan solat sunat terawikh.. Dan dalam bulan ini juga manusia sekelip mata akan berubah.. drpd yg kurang baik kpd baik atau drpd yg baik kpd yg lebih baik... Alhamdulillah... Tapi hakikatnya ramai yg tdk mengerti apa sebenarnya maksud puasa itu kerana rata2 berbuat atas ajaran nenek moyang..

Apa yg lebih menyedihkan, segala kebaikan atau ibadah yg dilakukan dalam bulan puasa @ ramadan hanya akan berakhir apabila syawal m'jelma.. Tiada lagi kebaikan atau ibadah yg sempurna pada bulan2 selain ramadan, kerana minda kita diterapkan pada bulan ramadan ganjaran pahala digandakan... Jelas, manusia skrg melakukan ibadah hanya kerana ganjaran dan bukan atas perintah.. Kalau begitu, manusia m'jadi makhluk Allah yg sgt berkira... Jika tiada ganjaran pahala.. maka kuranglah ibadahnya.. sedangkan dalam ayat Allah (51:56).. kerja manusia adalah ibadah semata2 (24hrs)...

Ditambah lagi rasa manisnya bulan ramadan ini dgn ganjaran2 yg langsung tdk ada dalam AQ.. semuanya seolah direka-reka sendiri.. contohnya solat terawikh malam ke-23= 'Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga'. Sedangkan Allah tidak pernah menjanjikan perkara begini dalam kitabnya. Persoalannya... rekaan siapa ganjaran seperti ini... Buktikan.. Dalam firman Allah s.w.t:

"(Pahala dari Allah) itu bukanlah menurut angan-anganmu yang kosong dan tidak (pula) menurut angan-angan Ahli Kitab. Barang siapa yang mengerjakan kejahatan, niscaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu dan ia tidak mendapat pelindung dan tidak (pula) penolong baginya selain dari Allah". Surah An-Nisa' ayat 123..

Wednesday, August 13, 2008

.:APAKAH MILIK KITA?:.

Sawah kita yang punya
padi jadi hak orang
padi di kepuk kita
berasnya diambil orang
nasi di pinggan kita
kenapa dimakan orang?

Laut di negeri kita
bot dimiliki orang
pukat kita yang punya
ikan pulak disesah orang
pengkalan kita yang bina
tapi menjadi laluan orang

Dusun di kebun kita
Tanahnya milik orang
benih kita yang tanam
buahnya dikebas orang
hutan kita yang tebang
kenapa dangau dipunyai orang?

Telaga di laman kita
Timbanya dimiliki orang
Kita jenuh gali telaga
Airnya menjadi hak orang
Kenapa yang elok dapat kat orang
Yang teruk dapat kat kita
Kenapa hak orang tak kena ke kita
Hak kita pun tak dapat ke kita


Lantas kalau nak pujuk hati kita
Kenalah insaf bahawa segalanya
Bukanlah hak mutlak sesiapa jua
Kerana dunia ini sebenarnya
Adalah persinggahan sementara
Menjalani ujian Allah Yang Maha Esa!

Tuesday, August 12, 2008

Problem & Solution

'

NO ONE WILL MANUFACTURE A LOCK WITHOUT A KEY,
SIMILARLY GOD WON'T GIVE A PROBLEMS WITHOUT SOLUTIONS....



IF A PROBLEM CAN BE SOLVED, NO NEED TO WORRY ABOUT IT,
IF A PROBLEM CANNOT BE SOLVED, WHAT IS THE USE OF WORRYING..??


'