Friday, September 26, 2008

EID MUBARAK...

Selamat Hari Raya Aidilfirti, Maaf Zahir & Batin




Bergema takbir di Aidilfitri,
Ucapan khas utkmu teman yg diingati,
Hubungan persahabtan terikat rapi,
Salah & silap harap dimaafi.....


Sejarah Aidilfiri 1400 tahun yg lalu disambut atas kemenangan Rasulullah & para sahabat menegakkan Din Islam.. tetapi hari ni kemenangan apakah yg kita sambut kerana Islam skrg tidak lagi berdiri seperti zaman Rasullullah & para sahabat Khulafa' Ar-Rasyidin.... Aidil fitri sendiri b'maksud kembali kpd fitrah, hakikatnya skrg... manusia khususnya yg mengaku sbg hamba-Nya sudah tidak lagi fitrah seperti sarana-Nya...

Firman Allah swt....

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui…" Surah Ar-Rumm, ayat 30....

Thursday, September 4, 2008

puasa datang lagi...

Sedar x sedar, dah masuk 4 hr umat Islam m'jalankan ibdah puasa. Senarionya, siang menahan lapar dahaga & perkara2 yg dilarang.. malam pulak umat Islam berkejar ke masjid m'jalankan solat sunat terawikh.. Dan dalam bulan ini juga manusia sekelip mata akan berubah.. drpd yg kurang baik kpd baik atau drpd yg baik kpd yg lebih baik... Alhamdulillah... Tapi hakikatnya ramai yg tdk mengerti apa sebenarnya maksud puasa itu kerana rata2 berbuat atas ajaran nenek moyang..

Apa yg lebih menyedihkan, segala kebaikan atau ibadah yg dilakukan dalam bulan puasa @ ramadan hanya akan berakhir apabila syawal m'jelma.. Tiada lagi kebaikan atau ibadah yg sempurna pada bulan2 selain ramadan, kerana minda kita diterapkan pada bulan ramadan ganjaran pahala digandakan... Jelas, manusia skrg melakukan ibadah hanya kerana ganjaran dan bukan atas perintah.. Kalau begitu, manusia m'jadi makhluk Allah yg sgt berkira... Jika tiada ganjaran pahala.. maka kuranglah ibadahnya.. sedangkan dalam ayat Allah (51:56).. kerja manusia adalah ibadah semata2 (24hrs)...

Ditambah lagi rasa manisnya bulan ramadan ini dgn ganjaran2 yg langsung tdk ada dalam AQ.. semuanya seolah direka-reka sendiri.. contohnya solat terawikh malam ke-23= 'Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga'. Sedangkan Allah tidak pernah menjanjikan perkara begini dalam kitabnya. Persoalannya... rekaan siapa ganjaran seperti ini... Buktikan.. Dalam firman Allah s.w.t:

"(Pahala dari Allah) itu bukanlah menurut angan-anganmu yang kosong dan tidak (pula) menurut angan-angan Ahli Kitab. Barang siapa yang mengerjakan kejahatan, niscaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu dan ia tidak mendapat pelindung dan tidak (pula) penolong baginya selain dari Allah". Surah An-Nisa' ayat 123..