Friday, December 31, 2010

2010 sudah habis

Hari ni lengkap 365 hari.. Bakal menjemput tahun baru dgn hati yg terbuka, jiwa yg besar, minda yg positif & fizikal yg sihat..

Alhamdulillah 2010 mampu memberi kenangan2 yg manis, tapi yg pasti kenangan pahit pasti ada terselit.. Jatuh bangun, susah senang & suka duka adalah lumrah hidup yg x dapat dielak oleh sesiapun termasuk semua mahkluk di bumi Allah.. Apa jua halangan & rintangan perlu dihadapi dgn tabah.

Azam 2010, 50% telah dicapai.. Kenapa tak 100%.. Kita hanya merancang tuhan yg menentukan.. *ayat cliché*. Huhu .. kenapa perlu salahkan Allah, diri sendiri yg tak ada kemahuan yg kuat.. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Tapi tak perlu rasa kecewa, insyaAllah kita masih akan diberi peluang untuk capai azam, impian & harapan. Yang pasti bagaimana usaha kita ke arah matlamat perlu sentiasa konsisten & ziadah.

2010, yang baik jadikan tauladan.. yang buruk jadikan sempadan.

2011, selamat datang..

NEW DREAMS TO FULFILL
NEW HORIZONS TO EXPLORE
NEW MILESTONES TO REACH
HOPING TO TAKE ALL THE CHALLENGES,TO BE A WINNER ALL THROUGH

Firman Allah:

'Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu'. Maryam, ayat 25

Friday, October 15, 2010

KISAH RUMAH TERBUKA

Sudah seminggu Syawal berlalu.. rumah2 terbuka pun dah tertutup.. tahun depan sambung balik. Zaman sudah berubah, budaya pun sudah berubah.. Kalau dulu, org yg buat open hs selalunya pak2 menteri, adun2 atau org2 kaya. Tapi skrg ni semua org berebut nak pilih tarikh utk buat open hs. Al-maklumkah raya sebulan je.. Ada gak yg x sempat buat, Zulkaedah pun jalan.. Begitula trend org bandar skrg beraya, kalau x de jemputan open hs.. x berkunjung la umah sedara atau memember tu..

I & housemate x terlepas untuk memeriahkan pesta umah terbuka ni..

Kisah bermula 4 hr sblm majlis..

Selasa - Peti ais baru
Biasala duk bujang, bukan semua lengkap pun.. disebabkan brg2 basah perlu disimpan di dalam peti ais.. nak tak nak kena jugak beli peti ais.. Dalam satu malam, 3 Giant kitorg singgah.. Dr taman connought (x de stok) ke sri petaling (x jual peti ais..huhu) & then trus ke mines.. Alhamdulillah akhirnya jumpa..

Rabu – Lampu signal mati
Balik dari kelas quran, terus menggelabah.. lampu signal kete x menyala!!!.. aduhai.. terpaksa pinjam kereta member lain coz brg tuk umah terbuka belum di beli.. huh

Khamis – Shopping time
Macam biasa tempat shopping kami TESCO cheras.. keadaan baik pada hr ini

Jumaat – Teruskan bershopping
Balik keje terus p jalan chow kit, pekan sg besi & Carrefour sri petaling.. crita yg tak bestnya hr ni berlaku eksiden kechill.. huhu dah lah kete pinjam.. nasib baik tak pape.. tapi berpeluh gak la nak bgtau tuan punya kete.. Alhamdulillah, dia cool.. Thanks hani..

Sabtu – Hari sudah tiba
Rendang – OK, Sambal udang – OK, Acar timun – OK, Mee hoon sup – OK, kek batik – OK
Nasi planta – hangit & antah, Puding jagung – lembik.. huarghhhh.. sedih : (

Apapun yg berlaku, majlis tetap meriah & perut diorg tetap kenyang. Thanks a lot pada tetamu2 yg hadir especially kt Rose yg terpaksa jd assistant kitorg.. Klu dia x de, lagi disaster la majlis ni.

Lets check it out the pics;






Sunday, September 19, 2010

Kenangan di hari raya..

Tadi nampak budak2 naik basikal nak p beraya.. Teringat zaman dulu2.. Bersungguh2 kayuh basikal nak p umah member2 kutip duit raya.. Masa sekolah rendah, itu je la kenderaan yang ada & pandai bawak.. Keluar pagi2.. balik dah nak maghrib.. Nasib baik mak bagi.. dulu x macam skrg.. lebih selamat.. kisah yang mengerikan jarang sekali didengar..


Naik sekolah menengah pulak.. masih naik basikal tapi dgn baju sekolah.. Masa form 3, balik sekolah je terus merayap p umah kawan2.. tak cukup sehari..sok sambung balik..Memang seronok..

Habis sekolah.. dah up sket.. naik motor plak.. ye la.. ada yg dah ada lesen.. merempit la beramai2.. Byk jugak la yg join.. rasanya ada la lebih 10 motor.. macam biasa i sebagai pembonceng je la.. takut bawak motor & phobia coz dah pernah xcident motor yg x menyakitkan tapi memalukan..huhu..

Masuk universiti.. dah pakai kete plak p beraya.. umah cikgu2 x pernah miss.. maklumla kami anak2 kesayangan cikgu..(perasan sendiri).. Bila dah keje pun masih meneruskan xtvt ni.. i love my friends..





Tapi skrg ramai yg dah kahwin.. dah ada anak.. masing2 buat haluan sendiri.. sedih tapi ini realiti.. Walaupun kawan2 lama susah nak kumpul, aktiviti tetap perlu diteruskan.. Tahun ni p beraya ngan budak2 ofis plak.. lg hebat, 3 weekend belum tentu cukup..

Sebenarnya x kisah la kenderaan apa yg kita bawak atau naik & dgn siapa pun kita beraya.. Yang penting sillaturrahim yg dijalin sesama manusia harus sentiasa hidup agar keharmonian dan kebahagian dlm bermasyarakat dapat dicapai.

Kenangan2 ni la yg mengubat rindu pada zaman2 dulu.. Kenangan yg akan sentiasa tersemat dalam hati.. Kenangan yg akan diceritakan pada anak2 cucu akan datang.

'Some memories live forever'

Thursday, September 2, 2010

13 Facts You Might Be Unaware


1. "Dreamt" is the only English word that ends in the letters "mt"

2. "Underground" is the only word in the English language that begins and ends with the letters "und."

3. The longest place-name still in use is Taumatawhakatangiha ngakoauauotamate aturipukakapikim aungahoronukupok aiwe-nuakit natahu, a New Zealand hill.

4. An ostrich's eye is bigger than its brain.

5. Tigers have striped skin, not just striped fur.

6. There are only four words in the English language which end in "-dous": tremendous, horrendous, stupendous, and hazardous.

7. The muzzle of a lion is like a fingerprint - no two lions have the same pattern of whiskers.

8. A goldfish has a memory span of three seconds.

9. It's impossible to sneeze with your eyes open.

10. 'Stewardesses' is the longest English word that is typed with only the left hand.

11. The only 15 letter word that can be spelled without repeating a letter is uncopyrightable.

12. Cats have over one hundred vocal sounds, while dogs only have about ten.

13. The word "Checkmate" in chess comes from the Persian phrase "Shah Mat," which means "the king is dead."

Tuesday, August 31, 2010

SALAM MERDEKA



Sudah 53 tahun kita merdeka. 53 tahun adalah usia panjang yg dapat membentuk diri menjadi lebih dewasa & lebih matang. Kalau dahulu, pada usia ke-53 tahun.. Rasulullah SAW telah berjaya menghijrahkan diri dari jajahan pemikiran kaum musyrikin Mekah & zaman jahilliyah. Kita bagaimana? Adakah bezanya zaman Rasullulah dahulu dengan zaman sekarang? Terlalu jahil. Tindakan kita samada mengikut Sunnah atau melontar jauh contoh tauladan itu.

Apakah erti kemerdekaan sebenarnya?? Mengibarkan bendera & melaungkan merdeka itu sudah cukup?. Kita masih belum bebas, kita masih lagi dijajah. Dijajah oleh nafsu & kepentingan diri.

Politiknya seperti kanak2 rebutkan gula2, Sosialnya seperti tiada peraturan & tiada tuhan, Ekonominya seperti telur di hujung tanduk, Jiwanya seperti tin2 kosong yg membuat bising.

Merdeka di bulan Ramadan lebih tragis. Kisah buang bayi yg menjadi2, kisah bunuh-membunuh yg x pernah berhenti, kisah pesakit mental tak dapat mengawal diri, kisah mercun yg meragut nyawa anak sendiri & bermacam-macam lagi mimpi ngeri yang tak bisa diatasi.

Merdekakan diri dari kecil lagi. Merdeka dari jiwa yang kotor, penindasan, pemikiran yang kolot, pemahaman yang ortodoks & sifat2 yang buruk.

Bagaimanapun, saya masih bangga menjadi rakyat Malaysia dgn harapan yang baik perlu diteruskan & yang buruk perlu dimansuhkan. '1Malaysia menjana transformasi'. Diharap moto ini dapat direalisasikan untuk mengubah minda & jiwa rakyat Malaysia agar benar2 merdeka secara TOTAL.

Sunday, August 15, 2010

Durian ... yummy

Recently, kami dak2 ofice suke giler organize makan2.. After steamboat & lamb chop, now its time for DURIAN the king of fruits. Lepas je menghabiskan masa kat Sunway Lagoon, kami gerak 8 kereta terus membawa diri ke USJ. Walau jalan sesak-sesak & ada yg tersesat-sesat tapi tetap sampai ngan selamat. Durian punya pasal.. sanggup ape je..

Kat sini makan sampai kenyang, nak makan sampai muntah pun x de hal.. larat x larat je.. hehe..



Kedai ni kat tepi jalan je depan petronas kat USJ berapa ntah. Ada 3 jenis bufet.. RM9-durian biasa2 a.k.a durian kampung, RM15-durian special sket (D24 & the geng) & RM25-durian extra special.. Kami semua memilih yg ini;





Inilah muka hantu2 durian tapi rupanya x la seburuk hantu.. semua comel2, cantik2 & hencem2..








Masa mula mamat cina tu letak durian, masing2 makan x hengat.. yg tu sedap..yg ni sedap.. yg hujung tu lagi sedap.. tapi setelah mentekedarah beberapa ulas memasing dah surrender tapi tinggal sorang je yg masih menghayati heavenly durian.. The King of durian lovers; Mr Win..




Yg paling best dapat makan pulut durian. Pulut+santan bwk sendiri.. My second try.. huu sedapnyer.. rugi giler x kenal pulut durian dr kecik.

Sblm nak balik tu sempat gak nak pau mamat cina tu nak tapau bwk balik sket.. Kalau ikutkan memang x bleh, mgkn sbb kami ramai.. considered sket kot. So, kami semua balik ngan hati senang + perut kenyang.. yg penting skali semua ni dapat eratkan sillaturrahim.

Tuesday, July 13, 2010

WORLD CUP, A CUP OF LIFE



Finally, WORLD CUP 2010 belong's to the HERO of SPAIN.. Bukan pasukan pilihan tapi yg terbaik pasti akan dapat yg terbaik tanpa memenangi hati penyokong sebelum WORLD CUP 2010 bermula.. So, sepanjang WORLD CUP 2010 bermacam2lah ragamnya, ceritanya, kisahnya & suka duka nyer.. Ayat biasa..TIDOR BOLA, MAKAN BOLA, DEMAM BOLA..Yg paling best S.Africa 2010 - TOK BOMOH PAUL si OCTOPUS..



Malaysia x kurang hebatnyer, walaupun x layak nak hntr pasukan tp tetap layak nak hntr penyokong.. Semua kedai mamak full book, dak2 sekolah sanggup bersekang mata, ramai gak yg amek halfday nak qada' tdor, kumpul cawan world cup MCD & kalau kat office, kaum2 hawa yg paling berborak sakan pasal bola.. huhu..

But me, i'm not so into football.. i cant watch, tried to but fail.. BORING..

Everything in ths world had 'SOMETHING' that can be reveal from the internal eyes..

From external eyes, i just can see... KEJAR BOLA+SEPAK BOLA = GOL..
From internal eyes, the football phenomenal build a cup of life...



Lot of things we can learn from football:

1) TEAMWORK - excellent team spirit
2) PERSEVERANCE - never give up
3) STRATEGY - time management + skill management
4) TOLERANCE - help each other + x selfish
5) HIGH SELF CONFIDENCE - always ready + x frightened

Not only football game can create a cup of life, all sports game unexceptional..
Take the positive side & build your own cup of life..



The cup of life, this is the one.
Now is the time, don't ever stop
Push it along, gotta be strong.
Push it along, right to the top

And when you feel the heat. The world is at your feet
No one can hold you down. If you really want it
Just steal your destiny. Right from the hands of fate
Reach for the cup of life.

LYRICS
"The Cup Of Life"-RICKY MARTIN

Monday, June 21, 2010

Soup of the day - Ayatul Kursi

'Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.'

Surah Al-Baqarah, Ayat 255

Sunday, June 20, 2010

STAR


Don't say you're not important,
It simply isn't true,
The fact that you were born,
Is proof, Allah has a plan for you.
The path may seem unclear right now,
But one day you will see,
That all that came before,
Was truly meant to be,
Allah wrote the book that is Life,
That's all you need to know.
Each day that you are living,
Was written long ago.
Allah only writes best sellers,
So be proud of who you are,
Your character is important,
In this book, you are the 'STAR'

Monday, June 7, 2010

Panggilan Pulau...

Huh.. penatnya rasa hidup p keje je.. sesekali best gak bercuti.. so, ths is plan since last 3 mths.. PERHENTIAN ISLAND.. masa yg terpaksa dipilih coz ni je ada cuti hr jumaat : 31 may - 2 jun.. Siapa je yg p : malis, nurul, huda, dilla, mei ling aka nurmelina abd & zawiyah (all my officemate)

Perjalanan bermula jam 8 pg.. bertolak dr umah ke office dah siap2 bwk beg.. The real journey start setelah 10 jam m'hambakan diri pada keje (astaghfirullah, menduakan Allah.. apa nk jadi?). Perkara yg belum pernah dibuat, bersiap2 kat office.. siap mandi lg.. oops, jgn bg tau kat boss.. hehe..



Kul 8.15 terus keluar mengejar train di sultan ismail menuju ke pwtc.. Tiket pukul jam 9 pm ke Jerteh.. Kami sampai jam 5 am.. huhu kena tipu.. akak tiket kata sampai kul 6.30.. Van akan sampai kul 8 pg, tanpa fikir panjang & kami ternampak masjid.. terus mencicit2 lari ke masjid dgn tujuan nak sambung tidor..





Lepas sarapan, cik Dien dr Bukit Keluang Beach Resort m'jemput kami dgn van yg huhu sedih.. tapi x pe la.. kul 9.30 smpi terus check in.. Resort boleh tahan, bilik ok gak..





12pm, time to fill up my stomach.. Lps makan sessi photographer bermula.. masing2 x mengalah, tiba2 kami m'dapat bantuan dr amatur photographer.. thanks wan nurhafizah..

















Dah penat b'gambar, bersiap utk nx xtvt.. Kul 3 kami bertolak ke LA Hots Spring & Air Terjun Lata Tembakah.. huh.. perjalanan amat panjang & m'cabar.. nasib baik cik dien terror bwk van.. Setelah merendamkan diri di air panas & air sejuk.. terus balik resort..









Ready for dinner at 9pm, our menu : STEAMBOAT.. rasa: OK.. suasana: OK.. service: Kureng.. Perut: KENYANG.. burp 5x.. Alhamdulillah. Next xtvt after dinner: KARAOKE.. Semua org sgt gembira sambil melepaskan tekanan & melepaskan suara sumbang.. ahaks.. The best song yang kami all out: AKAN KU TUNGGU by candy.. Kul 1 pg balik & tdor..







Kul 6.30 pg dah bgn siap2 nak naik speed boat p pulau..







Pulau tu dah 3 bulan panggil akhirnya kami sampai gak.. extremely beautiful.. let the pictures tell the story..