Thursday, January 27, 2011

Kisah telemarketing, Siti & anak kecil

Baru2 ni rasa-rasanya byk pula company yg memperluaskan promosinya melalui telemarketing. Dan biasalah rakyat jelata lah yg akan menjadi mangsa mereka. Saya x terkecuali. Minggu lepas shj, sy menerima 3 panggilan dr company yg berbeza. 2 drpdnya insurans co. & lg 1 pula dr telekomunikasi co. Mereka mmg sgt agresif. Kawan sekerja saya, Siti salah seorang mangsa mereka tapi mungkin produk yg berbeza dan masih belum dapat meloloskan diri dr mereka.

Hari-hari mendapat panggilan dr mereka. Hr pertama – siti mendengar separuh promosi & terpaksa menghentikan perbualan utk menyambung kerja. Hari kedua & ketiga – siti menjawab “ sy busy ”. Hari keempat – siti memaksa saya & sue juga rakan sekerja utk m’jwab telefon bg pihaknya “ko cakaplah aku p toilet ke, meeting ke, no such person la & mcm lagi”. Yg pasti jawapan sy & sue “ x nak lah – 2x, ko jawab je la” sampailah deringan telefon berhenti.

Tetiba teringat cerita dlm buku motivasi yg baru di beli jumaat lepas ‘Ya Allah, akalku terhad, ilmuku dangkal’. Bab pertama menceritakan seorg kanak2 perempuan miskin yang selalu menemani ayahnya untuk mencari sesuap nasi dgn berbasikal dan selalu diganggu anjing garang setiap kali melewati sebuah rumah di jalan yang selalu dilaluinya. Perasaan takut & gerun tidak pernah hilang dr jiwa anak kecil sehingga suatu hari dia nekad memberanikan diri utk melawan anjing garang itu dgn menghunus sebilah parang & menjerit “Woi jangan kacau aku lah! Aku x takut..”. Semenjak itu, dia tidak lagi diganggu anjing garang itu kerana jeritan anak kecil itu mengejutkan tuan punya anjing.



Siti juga perlu bertindak seperti anak kecil itu. Telefon dijawab & beritahu “Maaf saya tak berminat, jangan ganggu saya lagi.. Terima kasih”. Mudah bukan. Apa yg menyebabkan perkara mudah menjadi susah? Kurang berkeyakinan, malu, takut untuk berterus-terang atau kurang berani?? Lari pasti bukan jalan penyelesaian. The best is “Face it, solve it”.

Menuju puncak

SMS dari sahabat2 untuk mendaki Bukit Broga khamis lalu, tak sampai hati utk dikecewakan. Bertolak sesudah subuh, akhirnya sampai separuh puncak berjaya didaki. Mendaki bukit memang memerlukan stamina yang kuat. Tapi bagi sesiapa yang selalu mendaki bukit atau gunung, Bukit Broga bukanlah satu pendakian yang sukar & mencabar. Bak kata org2 kita 'KACANG GORENG LAH' atau 'TUTUP SEBELAH MATA PUN BLEH SAMPAI'..ermm.

Pemandangan yang amat cantik adalah anugerah RABB yang tak terhingga.











Berbekalkan fizikal & mental yang kuat, pasti tidak mematahkan semangat para2 pendaki. Alhamdulillah & tahniah kepada yang berjaya sampai ke puncak. Pada yang tak berjaya, CUBA LAGI. Saya adalah salah seorang yang tak berjaya.. Sedih.. tapi bukan beerti kalah, fizikal & mental sudah memaksa utk tidak meneruskan perjalanan.

Hidup kita juga umpama mendaki bukit..

'Maka tidakkah sebaiknya (dengan hartanya itu) ia menempuh jalan yang mendaki lagi sukar?'. Surah Al Balad, Ayat 11

Ya, memang jalan yang mendaki itu lebih sukar. Kejayaan takkan dapat tanpa memanjatkan usaha. Yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan terbang melayang. Ujian pasti ada setiap langkah kita kehadapan. Setiap langkah juga, kita perlu sentiasa bersedia & sabar menempuh dugaan yang tak terduga.

Pendakian memang memenatkan & mencabar tapi turun bukit juga menguji mental & fizikal.. Sama seperti kehidupan, kemenangan atau kejayaan bukanlah suatu yang kekal. Bangun jatuh itu lumrah. Memang perit untuk melalui zaman kejatuhan atau kesedihan. Jiwa & akal sering berperang dengan nafsu. Hanya doa kepada Illahi sahaja yang dapat melegakan segala keperitan dan kesusahan. Bagaimanapun perkataan PUTUS ASA tak perlu ada dalam kamus hidup setiap individu. Campakkan ia jauh2.

Bina semangat baru, capai matlamat, impian dan cita-cita.

P/s- Walau kali ni x berjaya, akan ku cuba sekali lagi.. BERUSAHA..HMM