Tadi nampak budak2 naik basikal nak p beraya.. Teringat zaman dulu2.. Bersungguh2 kayuh basikal nak p umah member2 kutip duit raya.. Masa sekolah rendah, itu je la kenderaan yang ada & pandai bawak.. Keluar pagi2.. balik dah nak maghrib.. Nasib baik mak bagi.. dulu x macam skrg.. lebih selamat.. kisah yang mengerikan jarang sekali didengar..
Naik sekolah menengah pulak.. masih naik basikal tapi dgn baju sekolah.. Masa form 3, balik sekolah je terus merayap p umah kawan2.. tak cukup sehari..sok sambung balik..Memang seronok..
Habis sekolah.. dah up sket.. naik motor plak.. ye la.. ada yg dah ada lesen.. merempit la beramai2.. Byk jugak la yg join.. rasanya ada la lebih 10 motor.. macam biasa i sebagai pembonceng je la.. takut bawak motor & phobia coz dah pernah xcident motor yg x menyakitkan tapi memalukan..huhu..
Masuk universiti.. dah pakai kete plak p beraya.. umah cikgu2 x pernah miss.. maklumla kami anak2 kesayangan cikgu..(perasan sendiri).. Bila dah keje pun masih meneruskan xtvt ni.. i love my friends..
Tapi skrg ramai yg dah kahwin.. dah ada anak.. masing2 buat haluan sendiri.. sedih tapi ini realiti.. Walaupun kawan2 lama susah nak kumpul, aktiviti tetap perlu diteruskan.. Tahun ni p beraya ngan budak2 ofis plak.. lg hebat, 3 weekend belum tentu cukup..
Sebenarnya x kisah la kenderaan apa yg kita bawak atau naik & dgn siapa pun kita beraya.. Yang penting sillaturrahim yg dijalin sesama manusia harus sentiasa hidup agar keharmonian dan kebahagian dlm bermasyarakat dapat dicapai.
Kenangan2 ni la yg mengubat rindu pada zaman2 dulu.. Kenangan yg akan sentiasa tersemat dalam hati.. Kenangan yg akan diceritakan pada anak2 cucu akan datang.
'Some memories live forever'
No comments:
Post a Comment