Terima kasih pada Allah sang Pencipta kerana masih dipinjamkan nyawa untuk meneruskan kehidupan.
Alhamdulillah angan-angan yang kecil sudah jadi kenyataan. Businesswoman adalah cita-cita yang tak pernah hilang dalam hati & minda ni. Suka sangat berangan ada butik la, kedai makan la, souvenir shop la, nursery & macam2 lagi la. Angan2 ni tak salah kan? Sebenarnya inilah PEMBAKAR SEMANGAT untuk lebih berjaya. Tak semua angan-angan tu akan jadi kenyataan tapi tak mustahil juga semua angan-angan boleh jadi kenyataan.
Saya memang minat bidang fashion dari kecik tapi malangnya tidak dikurniakan art skill walaupun mak saya seorang tailor. Ada jugak cuba2 design baju tapi lukisan macam budak darjah satu, cuba jgk menjahit tapi tinggal separuh jalan je.. Ini semua sebenarnya tak menghalang saya menceburi bidang fashion kerana saya percaya fashion itu bukan sekadar design & menjahit tetapi IDEA.
Berbekalkan angan-angan saya tu, saya mendapat IDEA utk menjual tudung secara online apatah lagi IDEA ini sama dgn rakan kongsi, Nadia Bayu. Maka wujudlah KHAYLAA HIJAB, hasil angan2 kecil dari 2 wanita yang mempunyai impian yang besar dengan visi Muslimah akan lebih anggun & jelita bila bertudung.
So, marilah shopping kat sini
Doa saya:
Semoga Allah murahkan rezeki kami
Semoga Allah merahmati kami
Semoga perjalanan kami berjalan lancar
Semoga kami tabah menghadapi apa-apa ujian yang mendatang
Semoga saya tidak alpa & lupa akan perintah-Nya
Amin
salam ziarah
ReplyDeletejom ke blog buaya dan jadi follower sekali k
salam al...
ReplyDeletea little consideration, a little thought, a little ambition, a little heart, makes all the differences..wish you all the best..
dropping by :)
ReplyDelete