Friday, May 27, 2011

Smiley Notes

Place : Credit Control Dept, UOB
Date  : 27 May 2011
Time : 03:35 pm


I'm so fed up & pissed off with management. I'm about to cry, suddenly I received a notes:

           " U sedih pun kena buat, happy pun kena buat.. y dun choose happy "

Oh.. he make me smiles & it's really a positive thoughts.



Don't be sad, La tahzan..

Sad won't make you happy : )

Sunday, May 22, 2011

CANTIK

Memiliki rupa paras & wajah yg cantik jelita adalah anugerah Rabb yang tak terhingga dan ianya hanya kepada insan-insan terpilih sahaja. Bagi sesiapa yg memilikinya harus bersyukur, menghargai, berterima kasih & kurangkan keluhan.

Sebagai seorang perempuan, saya amat mengagumi wanita-wanita cantik di seluruh dunia. Ermm.. tipulah kalau saya tak pernah rasa cemburu. Tiada siapa yang akan menyangkal setiap wanita ingin menjadi cantik. Ada yang berhabis duit, nyawa semata-mata untuk cantik. Hakikatnya setiap anugerah Allah itu amat cantik, unik dan istimewa, cuma pandangan kita shj yang berbeza. Cantik itu kan subjektif. Allah kurniakan kita semua sepasang mata yang mempunyai citarasa yang berbeza. Hebat bukan?

Macamana cantik dr perspektif mata saya. Cantik itu seperti kawan-kawan saya ni:

 My bestie ever, Appy
 The Hot Mama, Yuhana
 Miss u a lot, Wawa
 So sweet, Naziera
 The famous amos, Nadia Bayu
 Khaziray, muka berseri masa tgh mengandung
 Shidah yang comel
The gorgeous, Lily Hezlin

Gambar: hasil pencarian di facebook & fail sendiri. Gambar juga disusun tidak mengikut rating kerana rating mereka semua sama.

Cantikkan? Sangat cantik.. Hmm.. mereka semua sudah dimiliki. Maklumlah epal yang cantik dan ranum pasti menjadi pilihan pemetiknya. Alhamdulillah, mereka semua ni mempunyai peribadi yang cantik juga. Cantik dr segi dalaman & luaran. Kecantikan luaran akan terasa hambar jika tidak diseimbangi oleh kecantikan dalaman. Pakej yang amat sempurna.  

Rasa syukur ke hadrat Illahi perlu dipanjatkan walaupun tidak dianugerahkan rupa yang jelita & menawan kerana semua orang sebenarnya cantik. Macam lagu Beautiful Like You by Lee DeWyze, 

If you could only just stop stop stop running
If you could only take a second to breathe it in
Everything that you know would be beautiful
Like you You know they're never gonna stop stop stop your love
Let's pretend that the world is waking up
Everything that we see is beautiful
Like you
Like you


Apa yang membuatkan wanita yang kurang cantik itu nampak cantik.. sudah tentulah kecantikan dalaman. Kecantikan yang boleh dibentuk tanpa kos yang tinggi. Jadikan sifat-sifat baik & murni aset utama untuk membentuk peribadi yang mulia. Mulia itu kan cantik. Elakkan dari orang mengata kita “ Dah la hodoh, perangai buruk pulak tu” Huh memang sakit hati. Jadi mulai hari ini, marilah sama-sama mencantikkan peribadi & sikap diri kita. Keindahan dalaman pasti akan memancarkan keindahan luaran. Jangan lupa SENYUM selalu..

P/s: Kalau ikutkan, banyak lagi nak letak byk lagi gambar kawan-kawan saya yang cantik tapi ini bukan fotopages. Harap maklum. Mana yang takde kat atas, tak mahu berkecil hati okey. SEMUA ORG CANTIK.

Wednesday, May 11, 2011

Berhenti menghentikan diri..


Dalam hidup ni bila kita boleh berhenti?.. Mesti banyak jawapan lah kan.. tapi yang penting kita akan berhenti selama-lamanya bila kita MATI. 


Selagi Allah masih meminjamkan nyawa ini,
         Jangan berhenti menyayangi
         Jangan berhenti berusaha
         Jangan berhenti berharap
         Jangan berhenti untuk teruskan perjuangan
         Jangan berhenti membangun diri..

Ya, kehidupan di dunia memberi pelbagai jenis kesusahan, kesukaran untuk mencabar perjalanan kita. Dan kita perlu mencari jalan yang terbaik untuk mengatasi setiap halangan, rintangan & cabaran.

Inilah pilihan yang perlu kita lakukan, memberi komitmen dan tanamkan matlamat pada setiap diri untuk menjadi manusia berguna dan bermakna.

Banyak benda, situasi, manusia yang akan mencabar kita & melambatkan progress kita. Bagaimanapun, satu-satunya batasan yang menghalang kita adalah batasan yang kita letakkan dalam diri kita sendiri. Cuba pandang atau lihat, keraguan & batasan tidak pernah berguna bagi kita. Pilih dengan jiwa & hati terbuka untuk melepaskan keraguan & batasan itu pergi jauh sejauhnya.

Impian sering memanggil2 kita untuk mengejarnya supaya setiap detik perjalanan hidup ini adalah impian yang kita kejar. Berhenti undur kebelakang & berhenti menghentikan diri. Biarkan diri kita menjadi seseorang dalam impian & harapan bersama kebolehan & kekuatan diri.

Tuesday, May 3, 2011

Setia Bersama

Cuba hayati  bait-bait puitis di bawah ini. Amat bermakna dalam hidup saya. Sebenarnya ini bukanlah puitis tetapi lirik lagu nyanyian KRU & Sheila Majid. Lagu ini saya tujukan kepada semua terutama sahabat2 Assafiers samada masih bersama atau tidak.  
 

Setia Bersama

Semua yang telah terjadi yang mengajar kita
Perlu diambil ikhtibarnya
Segala yang diimpikan atau diharapkan tak semua
Menjadi nyata

Namun setiap yang sukar ketemunya sinar
Begitulah kebesarannya
Teman yang setia bersama pada waktu duka itulah
Semulia manusia di dunia

Ku ketemu sifat itu didirimu dan
Aku rela berkorban untukmu
Kita berjanji
Walau apa yang kan terjadi
Meneruskan perjuangan ini

Bersama percaya keagungan yang esa
Bersama percayakan kita
Menuju kegemilangan rintangan menghalang
Percaya ku setia
Setia bersama

Seluas alam semesta persoalan kita
Kehidupan dan cabarannya
Setinggi ruang angkasa
Begitulah harapan kita
Abadi, aman dan bahagia

Dalam membuka lembaran baru
Ku perlu tahu kau sentiasa bersamaku
Walau bertubi rintangan kita kan gagahi
Demi mengecap nikmat duniawi (akhirat)

Kuatkan semangatmu
Usahakan sedaya dan berdoa
Esok tiba harinya seribu harapan
Moga dapat keberkatannya

Bersama percaya keagungan yang esa
Bersama percayakan kita
Menuju kegemilangan rintangan menghalang
Percaya ku setia
Percayalah aku setia bersama
Percaya setia, setia bersama
Ku setia bersama


Semoga kalian menjadi sahabatku dunia & akhirat..
Semoga Allah menjadikan kita satu untuk meneruskan perjuangan menuju jalan ke syurga..
Semoga kita tulus ikhlas, suci hati & setia bersama..
Amin...
 

Monday, May 2, 2011

Hormat

Semalan saya dan rakan2 menghadiri perkahwinan rakan sepejabat kami, Ms Letchumi. Inilah kali pertama menghadiri perkahwinan kaum india & kali pertama juga menjejakkan diri ke kuil hindu. Perasaan takut sebelum masuk ke kuil, kami dahulukan dgn membaca bismilah & ayat kursi. Al-maklumlah masuk tempat org, takut2 perkara yang tak diingini berlaku kepada kami..

Majlis 'ijab & kabul' berlangsung selama 1 jam lebih.. huh agak lama. Terlalu banyak adat & tradisi perlu dijalani. Ada jugak beberapa adat yang menarik perhatian. Kalau kita orang Islam.. cukuplah sekadar salam & ciuman di dahi. Tapi bagi mereka, pengantin perempuan perlu bersujud di bawah kaki suami. Mgkn mereka juga mengamalkan 'Syurga isteri di bawah telapak kaki suami'

Inilah sebahagian detik2 perkahwinan yang sempat dirakam:













Semasa majlis berlangsung, macam-macam perkara bermain di benak fikiran ni.. Perkara utama yang saya perasan ialah hormat. Perasaan takut membuatkan kami hormat & menjaga tingkah laku di kuil itu sehinggakan untuk bercakap pun terpaksa berjaga-jaga. Tidak terlalu kuat, tidak ketawa & tidak mengumpat.

Kenapa saya perlu takut sedangkan saya sedar hanya Allah yang wujud & hanya Allah yang Maha Berkuasa. Tiba-tiba terfikir, kita mampu menghormati kepercayaan agama lain tapi kita masih belum mampu menghormati 100% kepercayaan agama sendiri..Kita belum mampu menghormati hukum2 Allah yang nyata.

Adakah kerana Allah itu ghaib & kita tak hormat..
Adakah kerana apa yang mereka sembah itu nyata & kita hormat..



Orang-orang yang bertakwa ialah:

'(yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka,'
Surah Al-Baqarah, ayat 3


Walaupun Allah itu ghaib, wajiblah kita hormat kepada-Nya tidak kira di mana kita berada. Hormat beerti melaksanakan semua perintah2 & hukum2 yang Maha Esa.

'Demikianlah (perintah Allah). Dan barang siapa mengagungkan apa-apa yang terhormat di sisi Allah maka itu adalah lebih baik baginya di sisi Tuhannya. Dan telah dihalalkan bagi kamu semua binatang ternak, terkecuali yang diterangkan kepadamu keharamannya, maka jauhilah olehmu berhala-berhala yang najis itu dan jauhilah perkataan-perkataan dusta.'
Surah Al-Hajj, ayat 30