Monday, May 2, 2011

Hormat

Semalan saya dan rakan2 menghadiri perkahwinan rakan sepejabat kami, Ms Letchumi. Inilah kali pertama menghadiri perkahwinan kaum india & kali pertama juga menjejakkan diri ke kuil hindu. Perasaan takut sebelum masuk ke kuil, kami dahulukan dgn membaca bismilah & ayat kursi. Al-maklumlah masuk tempat org, takut2 perkara yang tak diingini berlaku kepada kami..

Majlis 'ijab & kabul' berlangsung selama 1 jam lebih.. huh agak lama. Terlalu banyak adat & tradisi perlu dijalani. Ada jugak beberapa adat yang menarik perhatian. Kalau kita orang Islam.. cukuplah sekadar salam & ciuman di dahi. Tapi bagi mereka, pengantin perempuan perlu bersujud di bawah kaki suami. Mgkn mereka juga mengamalkan 'Syurga isteri di bawah telapak kaki suami'

Inilah sebahagian detik2 perkahwinan yang sempat dirakam:













Semasa majlis berlangsung, macam-macam perkara bermain di benak fikiran ni.. Perkara utama yang saya perasan ialah hormat. Perasaan takut membuatkan kami hormat & menjaga tingkah laku di kuil itu sehinggakan untuk bercakap pun terpaksa berjaga-jaga. Tidak terlalu kuat, tidak ketawa & tidak mengumpat.

Kenapa saya perlu takut sedangkan saya sedar hanya Allah yang wujud & hanya Allah yang Maha Berkuasa. Tiba-tiba terfikir, kita mampu menghormati kepercayaan agama lain tapi kita masih belum mampu menghormati 100% kepercayaan agama sendiri..Kita belum mampu menghormati hukum2 Allah yang nyata.

Adakah kerana Allah itu ghaib & kita tak hormat..
Adakah kerana apa yang mereka sembah itu nyata & kita hormat..



Orang-orang yang bertakwa ialah:

'(yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka,'
Surah Al-Baqarah, ayat 3


Walaupun Allah itu ghaib, wajiblah kita hormat kepada-Nya tidak kira di mana kita berada. Hormat beerti melaksanakan semua perintah2 & hukum2 yang Maha Esa.

'Demikianlah (perintah Allah). Dan barang siapa mengagungkan apa-apa yang terhormat di sisi Allah maka itu adalah lebih baik baginya di sisi Tuhannya. Dan telah dihalalkan bagi kamu semua binatang ternak, terkecuali yang diterangkan kepadamu keharamannya, maka jauhilah olehmu berhala-berhala yang najis itu dan jauhilah perkataan-perkataan dusta.'
Surah Al-Hajj, ayat 30

2 comments:

  1. Wah meriahnye, rugi plak x dpt join.:( kalau ana dpt dtg, bermakna ini juga perkahwinan pertama kaum india yg ana hadiri...tp xde rezeki...agak kuciwa.

    ReplyDelete
  2. tak pe la.. mgkn next time dapat kawan baru.. so tambahkan la kawan2 tu.. :)

    ReplyDelete